Dari skop pembelajaran yang kita belajar di bangku sekolah iaitu Pendidikan Seni yang rata-ratanya cuma dikaitkan dengan kertas lukisan dan warna. Yang sebenarnya Seni ini membawa maksud satu bidang yang meliputi pelbagai aspek temasuk aspek kreativiti dan pemahaman seni yang meliputi aspek sosio budaya yang terbahagi kepada pelbagai bidang serta cabang seni itu sendiri. Seni yang sering didedahkan kepada kita adalah seni lukis kerana itulah cabang seni yang terawal kita ketahui sejak kecil lagi. Sungguhpun begitu,tanpa kita ketahui, pelbagai jenis seni yang terhasil dan kadangkala berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari. Seni Fesyen, Seni Foto, Seni Arca, Seni Lakon, Seni Muzik merupakan cabang seni yang mula mengorak langkah dalam dunia kita hari ini serta membuka peluang yang luas untuk kita terokainya.Oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya menghargai nilai seni yang sangat berharga ini. Sesungguhnya seni itu anugerah yan terindah dan sewajarnya diletakkan pada tahap serta kelasnya yang tersendiri.
Selasa, 2 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan